Tips

Kulit Lebih Licin Dan Bebas Kedutan!

Rawatan PicoSure dapat membantu anda untuk kekal awet muda

Rawatan laser sering dianggap sebagai rawatan kecantikan yang menyakitkan dan kebanyakan wanita tidak berani untuk mencuba rawatan laser ini. Namun, rawatan ini sebenarnya sangat membantu untuk menyelesaikan masalah kulit yang dialami. Penulis Jelita telah berkesempatan untuk mencuba rawatan laser PicoSure ini di EE Clinic Embracing Elegance yang terletak di Sri Petaling dan ini adalah pertama kali penulis Jelita mencuba rawatan kecantikan yang menggunakan laser.

Sebelum memulakan rawatan laser, pakar kecantikan akan membersihkan wajah anda dari sebarang sisa solekan agar doktor dapat melihat kondisi sebenar kulit wajah. Penulis kemudiannya dibawa ke sebuah bilik fotografi, di mana gambar wajah diambil di pelbagai sudut untuk melihat keadaan wajah secara menyeluruh.

Di situ, penulis diberitahu bahawa kulit mengalami masalah pigmentasi dan juga masalah liang pori yang terbuka dan sekali gus menjadikan kulit penulis kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Setelah selesai mengambil gambar, penulis dibawa ke dalam bilik rawatan untuk disapukan dengan krim kebas. Krim ini akan disapukan pada keseluruhan wajah dan kemudian, dibalut dengan plastik lutsinar. Krim akan dibiarkan pada wajah selama 30 minit dan pada waktu itu, penulis berkesempatan untuk merehatkan mata sebentar.

Selepas setengah jam, plastik lutsinar itu ditanggalkan dan wajah terasa kebas. Penulis dibawa ke bilik rawatan yang menempatkan mesin PicoSure laser tersebut. Rawatan dilakukan sendiri oleh Dr. EE. Penulis akui rasa berdebar sebelum rawatan dimulakan.

Apabila laser mengenai wajah, anda akan dapat rasakan seperti digigit semut namun dengan bantuan krim kebas yang disapukan sebelum rawatan dimulakan, ia membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami. Sebaik sahaja selesai rawatan laser, penulis dibawa kembali ke bilik rawatan untuk dipakaikan masker wajah. Tekstur lembut dan sejuk pada masker tersebut mengurangkan lagi rasa sakit yang dirasa sebaik sahaja kesan krim kebas mula surut.

Selesai sahaja rawatan, wajah akan menjadi kemerahan tetapi ia akan pulih seperti biasa setelah 24 jam. Hasilnya, wajah penulis terasa lebih licin dan liang pori juga sudah mengecil.

Anda boleh melawat klinik kecantikan ini di No. 12A Jalan Radin Bagus 8, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur atau layari laman sesawang EE CLINIC.

Kelebihan PicoSure

Bagi anda yang ingin mencuba rawatan laser buat pertama kali, PicoSure adalah rawatan yang sesuai untuk anda. Ia tidak begitu menyakitkan dan membantu memperbaiki kulit dan mengurangkan tanda penuaan. Menggunakan tenaga yang disasarkan, PicoSure berfungsi untuk menghapuskan zarah yang bertanggungjawab terhadap pigmentasi seperti bintik hitam, bintik matahari, freckles dan tona kulit tidak sekata.

Teknologi PressureWave ™ PicoSure menggunakan gelombang cahaya yang unik (755 nm) dan kanta khusus untuk menukar tenaga laser menjadi tekanan lembut. Tekanan ini menekan sel, mengaktifkan proses penanda sel semula jadi yang mencipta kolagen dan elastin baru tanpa membakar atau merosakkan kulit.

Lensa Fokus menyampaikan 20x kepadatan tenaga unutk memulakan mengaktifkan isyarat sel. Lensa Bentuk Optikal Intra-epidermal berfungsi untuk menyebarkan gelombang tekanan ke dalam sel dermis untuk mencetukan tekanan yang mengaktifkan sel.

Isyarat sel memulakan tindak balas penyembuhan keradangan yang dipertingkatkan yang membawa kepada peningkatan kolagen dan elastin dan akhirnya memulihkan kulit anda.